fbpx
Orang ramai turut hadir bagi menyaksikan proses penggalian semula kubur Jasad Allahyarham Zara Qairina hari ini

Laungan Allahuakbar iringi jenazah Zara Qairina, jasad masih utuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SIPITANG – Jasad Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang digali semula petang tadi masih berada dalam keadaan baik dan utuh.

Situasi berkenaan diakui Imam Rawatib Masjid Haji Hashim Pekan Sipitang, Amani Azral yang turut menyaksikan proses penggalian semula kubur dan mengeluarkan jasad Allahyarham hari ini.

Amani ketika dihubungi berkata, ramai yang menyaksikan keadaan jasad Allahyarham Zara Qairina seperti dikatakan oleh ibunya dan beliau antara yang melihatnya.

“Bukan saya seorang saja yang menyaksikannya. Ramai lagi termasuk polis, pegawai daripada abatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), imam-imam dan ada daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya hari ini.

Dalam pada itu, laungan Allahuakbar oleh orang ramai mengiringi jenazah Allahyarham Zara Qairina ketika dibawa keluar dari Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol kira-kira pukul 7.31 malam tadi.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu bagi proses bedah siasat yang akan dilakukan pukul 9 pagi esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI