fbpx
GAMBAR JANAAN AI

Nasi lemak pun jadi ‘kambing hitam’ orang gemuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Nasi lemak sering menjadi ‘kambing hitam’ apabila dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti obesiti, kolesterol tinggi dan penyakit jantung.

Namun, menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM), hidangan popular itu tidak sepatutnya dipersalahkan, sebaliknya cara pengambilannya yang perlu dikawal.

Menurut PHM, nasi lemak dalam kuantiti sederhana tidak memberi mudarat kepada kesihatan, malah boleh menjadi sebahagian daripada diet seimbang.

“Nasi lemak tak salah, yang salah cara kita belasah. Ambil satu bungkus kecil dah cukup.

“Kalau boleh, pilih telur rebus, bukan lauk bergoreng. Sambal jangan banjir. Kalau ada timun lebih, ambil,” kata PHM dalam satu hantaran di Facebook.

PHM menambah, pengambilan nasi lemak sepatutnya disertai dengan aktiviti fizikal ringan, seperti berjalan kaki bagi membantu membakar kalori dan mengurangkan risiko pengumpulan lemak berlebihan.

“Lepas makan, jalan sikit. Hidup sihat, cuma perlu cerdik,” pesan PHM.

Perkongsian PHM itu turut mendapat reaksi daripada orang ramai termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd. Noor Helmy Abdul Halem.

“Yang penting cerdik,” komen Mohd. Noor Helmy .

“Kau makan berbungkus, kau jadi gemuk…kau salahkan nasi lemak pula. Kesian lah nasi lemak tu, makanan pun dijadikan kambing hitam,” seloroh Ayudin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI