fbpx
Ramanan (baris belakang tengah) beramah mesra dengan penerima Program Business Accelerator Programme for Indian Small Business (I-BAP) di SME Corp Platinum Sentral, hari ini. - Foto oleh FAUZI BAHARUDIN / KOSMO!

RM2.01 juta diluluskan kepada 35 syarikat milikan India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan terus memperkasa syarikat milikan kaum India apabila sebanyak RM2.01 juta geran telah diluluskan kepada 35 syarikat di bawah Program Business Accelerator untuk Syarikat Milikan India (I-BAP) bagi tahun 2025.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, geran padanan sehingga RM100,000 diberikan kepada syarikat yang terpilih, bergantung kepada skop projek yang dilaksanakan.

“Sebanyak 31 syarikat akan menerima surat tawaran hari ini dengan nilai geran antara RM7,000 hingga RM100,000 mengikut skop dan keperluan masing-masing,” katanya ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Surat Tawaran kepada Penerima I-BAP di Dewan Mahkota, SME Corp. Malaysia, Kuala Lumpur Sentral, hari ini.

Beliau memaklumkan, sejak program itu diperkenalkan pada Oktober 2024, jumlah keseluruhan geran I-BAP yang diluluskan telah mencecah RM5.13 juta, yang memberi manfaat kepada 85 syarikat milikan India.

Katanya, walaupun peruntukan program itu kini hampir digunakan sepenuhnya, kerajaan kekal komited membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) milikan India.

“Ini termasuk menjelang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dengan matlamat meningkatkan sumbangan PMKS kepada 50 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI