fbpx
SEBUAH pesawat ringan dilaporkan tergelincir ketika cuba mendarat di LTAM, hari ini. - Foto oleh AMRAN ALI / KOSMO!

Pesawat ringan tergelincir di LTAM, juruterbang cedera ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Sebuah pesawat ringan jenis Piper PA-28-181 dilaporkan tergelincir ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), hari ini.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan media turut mengesahkan insiden tersebut yang berlaku kira-kira pukul 2.55 petang.

“Insiden berlaku ketika pesawat yang dikendalikan oleh Malaysian Flying Academy Sdn. Bhd. (MFA) itu sedang menjalani latihan dan terbabas dari landasan ketika cuba mendarat.

“Juruterbang yang terlibat mengalami kecederaan ringan dan dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Tambahnya lagi, kerja-kerja pengalihan pesawat sedang dijalankan dan pemeriksaan menyeluruh landasan akan dilakukan bagi memastikan keselamatan operasi di lapangan terbang.

“Landasan dijangka dibuka semula untuk operasi pada pukul 5.00 petang ini.

“Siasatan keselamatan akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia selaras dengan Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI