fbpx
LIVERPOOL masih dianggap pasukan yang berada di landasan terbaik untuk mengekalkan kejuaraan EPL. - AFP

EPL: Liverpool kekal pilihan utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Kuasa beli yang ada pada Manchester City dijangka mampu menyelamatkan kelab itu untuk kekal berada dalam kelompok empat pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris musim depan, namun jatuh satu anak tangga dari kedudukan musim lalu.

Bagaimanapun, bekas penyerang England, Michael Owen merasakan Liverpool akan terus mempertahankan kejuaraan dan Arseanal dijangka kekal selaku naib juara diikuti Chelsea di tempat ketiga.

Bagaimanapun, Owen berpendapat rekod naib juara buat kali keempat berturut-turut tidak harus menjadikan pengendali Arsenal, Mikel Arteta sebagai bahan jenaka kerana musim lalu The Gunners hanya dianggap tidak bernasib baik.

“Kadang-kadang di peringkat sekarang kita akan melihat kepada jendela perpindahan terlebih dulu sebelum bercakap tentang ramalan juara. Saya rasa Liverpool sudah berada jauh dengan pasukan lain.

“Saya fikir Liverpool mempunyai peluang 70 peratus untuk menang selepas mereka berjaya membawa masuk pemain terbaik. Saya fikir adalah bodoh untuk mengatakan Arteta berada dalam tekanan kerana hanya mampu berada di tempat kedua buat kali ketiga berturut-turut.

“Arsenal menunjukkan konsisten dan saya percaya musim lalu mereka tidak bernasib baik untuk mendapatkan lebih banyak mata kerana isu kecederaan di bahagian serangan.

“Kini mereka sudah mendapatkan penyerang yang sudah ada rekod baik. Tiada sebarang jaminan mereka boleh berjaya, namun mereka ada alasan untuk kekal yakin Arsenal mampu tampil lebih baik,” katanya.

Bagi Chelsea, Owen menjelaskan The Blues menunjukkan peningkatan ketara dibawah kendalian Enzo Maresca dan ia sudah terbukti ketika kelab itu menjuarai Piala Dunia Kelab, baru-baru ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI