fbpx
GAMBAR fail buaya 'Big John'. - Foto gmyppbc/Facebook

Kepala ‘Kasanova Buaya Buddabadoo’ dipenggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SYDNEY – Kepala seekor buaya air masin sepanjang 5 meter yang terkenal dengan panggilan ‘Big John’ dipenggal, manakala badannya terperangkap dalam jaring di Australia, lapor portal berita MailOnline hari ini.

Pihak berkuasa hidupan liar melancarkan siasatan selepas buaya itu ditemui mati dalam jaring nelayan di Teluk Yarrabah, di Far North Queensland pada 30 Julai lalu.

Buaya jantan tersebut merupakan figura terkenal di kawasan itu dan mudah dikenali kerana hujung ekornya yang hilang.

Ia digelar sebagai ‘Kasanova Buaya Buddabadoo’ kerana sering berjemur di anak sungai Buddabadoo bersama beberapa ekor buaya betina.

Memiliki bahagian tubuh buaya tanpa permit adalah satu kesalahan di Queensland.

Mereka yang disabitkan boleh dikenakan denda sehingga AUD$37,552 (RM102,478). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI