fbpx
GUARDIOLA (kiri) dikatakan sedang berusaha menyiapkan pasukannya sebaik mungkin menghadapi musim baharu minggu depan. - AFP

City ‘terjejas’ masalah peribadi Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Masalah peribadi Pep Guardiola mencetuskan kegusaran buat Manchester City menjelang pembukaan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu depan.

Ia selepas Guardiola dikatakan kini di ambang perceraian dengan isterinya, Cristina Serra dan keadaan itu dikatakan mampu menghadirkan impak negatif selepas kelab itu merekodkan pencapaian terburuk sejak 2015/16.

Walaupun tiada bukti boleh mengaitkan isu peribadi dan prestasi kelab, namun City ketika ini seakan terus dibayangi permasalahan Guardiola terutamanya selepas beliau secara terbuka sebelum ini mendedahkan mahu meninggalkan kelab sejurus tamat kontrak pada 2027.

Menguatkan kebimbangan itu, bekas juara Eropah tersebut hanya mampu menang 1-0 pada perlawanan tertutup pramusim menentang kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Preston North End kelmarin.

Bagaimanapun, perlawanan itu dilihat lebih kepada kepada Guardiola memberi ruang kepada para pemainnya kembali mendapatkan rentak selepas berehat panjang daripada kempen Piala Dunia Kelab (CWC) 2025 di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Lebih menggusarkan apabila City tidak mempunyai banyak waktu untuk menghadapi aksi persahabatan selepas ini apabila cuma dijadualkan menentang Palermo pada Ahad ini.

Dengan baki masa yang ada, Guardiola dikatakan semakin terdesak untuk mempersiapkan pasukannya sebaik mungkin bersama pemain-pemain baharu dibeli sebelum ini antaranya Rayan Cherki dan Tijjani Reijnders selepas mereka gagal di CWC 2025 sebelum ini.

Sebagai rekod, The Citizens dijadualkan memulakan kempen EPL menentang Wolverhampton Wanderers di Stadium Molineux pada 17 Ogos ini sebelum bertemu juara Liga Europa musim lalu, Tottenham Hotspur untuk aksi kedua seminggu kemudian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI