fbpx
Gambar fail bertarikh 26 September 2016 menunjukkan pendatang asing tanpa izin Afrika duduk di atas bot di bandar Aden sebelum mereka dihantar pulang ke Somalia. - AFP

76 maut, bot bawa pendatang asing karam di Yemen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUBAI, EMIRIYAH ARAB BERSATU (UAE) – Sekurang-kurangnya 76 orang terbunuh, manakala berpuluh-puluh lagi hilang selepas bot yang membawa kebanyakannya pendatang dari Ethiopia, karam di perairan Yemen, dalam tragedi terbaharu di laluan laut berbahaya itu.

Pegawai keselamatan Yemen berkata, 76 mayat telah ditemukan dan 32 orang diselamatkan daripada bot karam di Teluk Aden. Agensi penghijrahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, 157 orang berada di atas bot itu.

Kemalangan itu berlaku di luar wilayah Abyan di selatan Yemen. Ia menjadi lokasi laluan bot yang menyeludup pendatang Afrika, yang berharap untuk sampai ke negara Teluk.

Sebahagian daripada mereka yang diselamatkan telah dipindahkan ke Aden di Yemen, dekat Abyan, kata seorang pegawai keselamatan.

Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) sebelum ini memberi angka kematian sekurang-kurangnya 68 orang.

Ketua misi negara IOM, Abdusattor Esoev memberitahu AFP bahawa nasib mangsa yang hilang masih belum diketahui.

Walaupun perang melanda Yemen sejak 2014, penghijrahan tidak teratur melalui negara miskin itu berterusan khususnya dari Ethiopia, yang terjejas oleh konflik etnik. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI