fbpx
Resit yang dikongsi individu terbabit.

‘Walaupun 2 sen, kalau 100 pelanggan dah dapat RM2 untung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pengguna meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila sebuah kedai serbaneka telah menggenapkan amaun pembelian berbanding jumlah sebenar.

Dakwa pengguna terbabit, walaupun perbezaan amaun itu hanya ‘sen-sen’ sahaja, tetapi jika melibatkan jumlah pelanggan yang ramai, tindakan itu mampu membawa keuntungan yang lebih kepada kedai serbaneka itu.

Menerusi perkongsian di laman sosial, jumlah yang pembeli individu terbabit adalah sebanyak RM12.03, tetapi pada resit kedai serbaneka, dia perlu membayar RM12.05.

“Tak baik tau main rounding (genapkan) macam gini. Awak dah letak harga sen sen belakang tu, mean (maksudnya) awak nak pelanggan bayar sen sen lah.

“Bukan rounding up (genapkan) terus macam tu dan saya bayar guna QR di mana ia tidak melibatkan wang baki. Boleh sedut dari akaun RM12.03 tetapi awak (kedai serbaneka) sedut RM12.05,”luah pengguna terbabit.

Jelas pengguna itu lagi, sekiranya 10 pelanggan membayar lebih 2 sen, kedai serbaneka itu telah mendapat untung 20 sen.

“Kalau 100 pelanggan, dapat RM2. Berapa outlet (cawangan) u ada? Sehari boleh dapat duit macam gitu je, dah beribu,”ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna bersetuju supaya sistem menggenapkan jumlah pembayaran dikaji semula kerana kebanyakan pengguna kini membuat pembayaran secara atas talian serta tidak melibatkan wang baki.

“Kann, rounding (genapkan) ni untuk cash (bayaran tunai) je.. kad dan ewallet nak rounding kenapa,”soal Mat Jan.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Remy Remos.

“Betul tu yang aku heran. Kalau cash dia bundar, ini guna kad pun dibundarkan. tak pun bagi duit cukup-cukup 3sen kat juruwang, dia jadi bundar atau tidak,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI