fbpx
Anggota bomba memadam kebakaran sebuah van yang membawa ayam proses di Kilometer 0.7, Jalan Machang-Pasir Puteh, Machang hari ini. - Foto JBPM

Van bawa 200 ekor ayam proses hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MACHANG – Seorang peniaga ayam mengalami kerugian hampir RM20,000 selepas sebuah van membawa sebanyak 200 ekor ayam proses yang dipandunya hangus terbakar di Kilometer 0.7, Jalan Machang-Pasir Puteh di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun sedang dalam perjalanan untuk menghantar sebanyak 200 ekor ayam proses dianggarkan bernilai RM3,000 ke Kampung Joh, Labok di sini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Azwan Daud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.40 pagi sebelum anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.

Menurutnya, anggota bomba mendapati sebuah van jenis Nissan Vanette terbakar di tepi jalan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, pemandu van itu menyedari api keluar dari tempat duduk yang menempatkan bateri kenderaan tersebut.

“Lelaki itu bagaimanapun gagal memadam kebakaran tersebut sebelum bergegas meminta bantuan orang awam untuk menghubungi pihak bomba,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Azwan memberitahu, anggota bomba berjaya mengawal kebakaran van itu dan mendapati hanya sebahagian daripada 200 ekor ayam itu yang dianggarkan bernilai RM1,000 rosak akibat terkena api. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI