fbpx
Barisan tetamu kehormat bersama para peserta kategori 21KM di acara IJM Allianz Duo Highway Challenge 2025.

13,000 pelari sertai IJM Allianz Duo Highway Challenge 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Lebih 13,000 pelari dari 31 negara ‘menguasai’ Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) dan Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) yang ditutup sementara bagi memberi laluan kepada IJM Allianz Duo Highway Challenge 2025 hari ini.

Acara larian lebuh raya berprestij itu mencatat rekod penyertaan terbesar sejak mula dianjurkan dengan 20 peratus peserta antarabangsa dan selebihnya pelari tempatan.

Seawal subuh, ribuan peserta memulakan cabaran yang menampilkan kategori maraton penuh 42.195 kilometer (km), separuh maraton 21km, 10km dan 5km, menjadikan lebuh raya sibuk itu bertukar menjadi ‘stadium terbuka’ buat peminat larian.

Bertemakan Highway Legend, acara yang diiktiraf World Athletics itu dilepaskan secara rasmi oleh Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Sazali Harun.

Penganjuran kali ini lebih istimewa dengan pelaksanaan inisiatif kelestarian antaranya mengumpul dan mengitar semula lebih 16,000 botol plastik hasil kerjasama dengan Trash4Cash melibatkan 286 sukarelawan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan IJM Corporation Berhad, Datuk Lee Chun Fai, penganjuran kali ini membuktikan acara sukan mampu menjadi wadah menggalakkan gaya hidup sihat sambil memelihara alam sekitar.

“Daripada pakaian kitar semula hingga pengalaman digital sepenuhnya, kami berbangga acara ini menjadi platform untuk gaya hidup sihat, tanggungjawab alam sekitar, dan semangat bersama saban tahun,” ujarnya.

Selain itu, pakaian rasmi peserta dihasilkan daripada fabrik kitar semula yang biodegradasi, menggabungkan fungsi atletik dengan kesedaran terhadap alam sekitar.

Bagi mengurangkan penggunaan kertas, pendaftaran digital, butiran kit larian dan sijil penyertaan elektronik turut diperkenalkan, menjadikan acara ini antara yang paling mesra alam pernah dianjurkan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI