fbpx
Tangkap layar kejadian kes curi barang kemas di Prima Sri Gombak, kelmarin.

[VIDEO] Lelaki larikan barang kemas di Sri Gombak diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GOMBAK – Polis mengesan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes kecurian barang kemas di sebuah kedai emas di Prima Sri Gombak, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes tersebut pada hari sama kejadian berlaku.

“Kes masih dalam siasatan dan suspek sedang dikenal pasti. Sekiranya ada maklumat segera hubungi balai berhampiran. Kenyataan media mengenainya akan menyusul,” katanya ringkas hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian kecurian itu dipercayai berlaku pada pukul 6.10 petang.

Video berdurasi 28 saat itu menunjukkan seorang lelaki yang memakai topi berada di dalam kedai emas bertindak melarikan barang kemas itu dengan menunggang sebuah motosikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI