fbpx
Gambar hiasan

Pembantu kedai makan bersujud penjara dikurangkan 7 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang pembantu kedai makan bersujud syukur di luar mahkamah selepas hukuman penjaranya dikurangkan kepada tujuh tahun oleh Mahkamah Tinggi hari ini.

Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet memutuskan demikian selepas Adam Ahmad, 45, merayu terhadap sabitan dan hukuman yang dikenakan Mahkamah Sesyen sebelum ini.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula hari ini dan mengekalkan sebatan sebanyak dua kali.

Sebelum ini, Adam dijatuhi penjara 10 tahun oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Rasyihah Ghazali selepas didapati bersalah meraba badan adik angkatnya.

Hakim Bhupindar Singh bagaimanapun menolak rayuan Adam terhadap sabitan yang dikenakan kepadanya.

“Mahkamah juga mengekalkan perintah Mahkamah Sesyen sebelum ini agar perayu menjalani kaunseling di selama tempoh pemenjaraan dan diletakkan dibawah pengawasan polis selama dua tahun selepas menjalani hukuman pemenjaraan.

“Permohonan penggantungan perlaksanaan hukuman oleh perayu dibenarkan dengan jumlah jaminan RM16,000 juga dikekalkan,” katanya.

Terdahulu, Peguam Khairul Naim Rafidi dan Mariani Tan mewakili perayu memaklumkan pihaknya mempercayai terdapat keadaan istimewa yang mewajarnya permohonan ini dibenarkan.

“Kami juga dengan rendah hati memohon dipertimbangkan perayu menanggung dua anak yang masih kecil iaitu berumur 16 dan 17 tahun.

“Sebagai lelaki, berilah peluang kepada perayu buat kali terakhir membuat persediaan sebelum menjalani hukuman jika gagal dalam rayuan seterusnya. Saya pohon budi bicara mahkamah yang mulia,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Husna Abdul Halim membantah keras kerana tiada keadaan istimewa.

Berdasarkan pertuduhan, Adam didakwa telah melakukan amang seksual fizikal dengan cara meraba mangsa dalam sebuah rumah di Puchong pada 2.30 petang, 12 Oktober 2022.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan

Kosmo! pada 24 April tahun lalu melaporkan perbuatan jelik seorang pembantu kedai makan meraba badan adik angkatnya membawa padah apabila dihukum penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI