fbpx
Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur- GAMBAR HIASAN

Tujuh lelaki didakwa culik ahli perniagaan Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tujuh lelaki asing didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik ahli perniagaan warga Bangladesh bagi menuntut wang tebusan.

Mereka ialah dua lelaki Bangladesh, Sohel Rana, 40, dan Sahajahan, 37, serta lima warga Myanmar iaitu Abdul Majid Abdul Malik, 25, Soforodin Fozol Korim, 25, Mokhtar Huson Zaher Huson, 26, Mohammad Ismail Azita Rahman, 23, dan Mohammad Arafat Hussein Jamal Mustafa, 24,.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim.

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa bersama-sama menculik seorang lelaki Bangladesh berusia 47 tahun untuk menuntut wang tebusan di Sentul di sini pukul 11.30 malam, 26 Jun lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 yang membawa hukuman penjara maksimum 40 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Iman Nurhidayah Ezani, manakala peguam K. Komagan yang mewakili Sohel Rana. Enam lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan tarikh 2 Oktober ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI