fbpx
MOHD. Khalid dijatuhi hukuman denda RM35,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan program pengambilan pelajar, enam tahun lalu.

Bekas kakitangan UTP didenda RM35,000 palsukan dokumen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang bekas kakitangan sebuah universiti swasta di Seri Iskandar didenda RM35,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan program pengambilan pelajar, enam tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Khalid Ka’ab, 42, yang sebelum ini bertugas sebagai Pengurus Bahagian Kemasukan Pelajar, Pemasaran dan Rekod di Universiti Teknologi Petronas (UTP) itu juga berdepan hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah menggunakan dokumen sebagai tulen iaitu perjanjian ‘Student Recruitment Agreement’ antara Institute of Technology Petronas Sdn. Bhd. (ITPSB) dan Profedge Sdn. Bhd. bertarikh 1 Ogos 2019.

Berdasarkan perjanjian tersebut, sebagai sebuah syarikat ejen yang dilantik, Profedge perlu menyediakan perkhidmatan promosi bagi program UTP serta merekrut pelajar dari Wilayah Persekutuan, Selangor dan lokasi lain.

Perkhidmatan itu adalah untuk kemasukan pelajar ke universiti berkenaan di mana lelaki itu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen berkenaan adalah palsu.

Kesalahan tersebut dilakukan tertuduh di Pejabat Pendaftar UTP Seri Iskandar dalam daerah Perak Tengah pada Jun 2019.

Pertuduhan terhadap lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI