fbpx
Tangkap layar rakaman CCTV seorang pelanggan tetap membayar makanan dengan wang yang tidak mencukupi, biarpun peniaga tersebut berniat memberikannya secara percuma.

[VIDEO] ‘Bagi nasi percuma, dia tetap hulur duit walaupun tak cukup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sikap pemurah seorang peniaga mahu memberikan makanan secara percuma kepada seorang pelanggan yang tidak cukup wang, mengundang sebak orang ramai.

Menerusi hantaran dimuat naik pada TikTok abang_atann, dia berkongsi video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memperlihatkan seorang lelaki membeli nasi tomato di gerainya.

“Sepi gerai hari ini, tiba-tiba datang seorang hamba Allah ni nak beli nasi. Dia nak nasi putih dan ayam, tapi nasi putih tak ada. Cuma ada nasi tomato daripada vendor.

“Dia dah ambil nasi tu, kira duit tak cukup, dia letak balik. Dia cakap duit tinggal dekat rumah, daripada reaksi muka dia pun macam malu nak minta.

“Tak apa, kami nak bagi ja nasi tu dekat dia. Tapi dia tetap hulur juga duit yang tak cukup tu. dia cakap tak nak nanti orang anggap dia minta sedekah. Duit yang ada pada kita hari ini, bukan hanya untuk kita,” katanya pada hantaran berkenaan.

Kisah itu mengundang sebak orang ramai selain ada yang mendoakan peniaga itu dimurahkan rezeki, malah ada juga pengguna TikTok berkongsi pengalaman sama seperti pelanggan tersebut.

“Saya pernah ada di posisi abang tu. Duit dalam tangan hanya seringgit. Ingat nak beli kuih buat alas perut sebab dari pagi tak makan. Zaman belajar PTPTN belum masuk lagi masa tu. Terpaksa ikat perut, tapi malangnya kuih dah habis. Saya termenung sekejap dekat meja, tiba-tiba acik kedai tu cakap ada makanan lebih sebab nak tutup kedai dah. Dia suruh ambil, Allah rasa nak nangis. Esoknya, ngam PTPTN masuk dalam bank. Alhamdulillah,” kata Cik Puan Ungu.

“Saya pun kalau orang tertinggal duit, saya bagi saja nasi lemak. Saya dah usaha nak jadi kaya dari muda sampai dah setengah abad umur masih di takuk yang sama. Alang-alang tak kaya, saya bagi saja pada sesiapa nasi lemak kalau tak cukup duit. Bukan pasal sebungkus tu tiba-tiba jadi kaya, berniaga untuk kelangsungan hidup saja sekarang. Reda dengan rezeki daripada Allah berapa-berapa yang dapat,” kata Amyra82.

“Alhamdulillah, rezeki itu bukan hanya dalam bentuk menerima, memberi juga adalah rezeki yang Allah berikan untuk kita membuat kebaikan. Semoga bisnes terus maju,” komen sukasuki. – KOSMO! ONLINE

@abang_atann #fyppppppppppppppppppppppp #foodie ♬ Heart touching sad piano – Yuda Pratama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI