fbpx
Gambar hiasan.

Dah bayar, suka hati aku lah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUALA LUMPUR – Public Health Malaysia (PHM) menegur segelintir masyarakat yang dikatakan tidak mengamalkan sivik asas meskipun hidup dalam negara yang membangun.
Menerusi hantaran di laman X, PHM membidas sikap sambil lewa individu yang beranggapan bayaran yang dibuat memberi lesen untuk tidak beradab.
“Dah bayar, suka hati aku lah. Itu skrip standard golongan yang rasa duit boleh beli adab. Tisu berselerak, pinggan berlonggok, kuah tertumpah
Di inap desa/hotel pula, semua suis lampu dihidupkan,” ujarnya.
PHM turut menyentuh isu penginapan apabila segelintir pengunjung homestay dan hotel dilihat tidak menjaga kebersihan dan meninggalkan bilik dalam keadaan tunggang-langgang.
“Cadar dironyok, tuala dicampak merata, pinggan mangkuk tidak dibasuh. Check-out sambil bangga: Dah bayar, bukan salah aku,” tulisnya lagi.
Dalam infografik yang dimuat naik, PHM menyenaraikan beberapa perkara yang wajar dilakukan oleh seorang pelanggan:
•Menyusun pinggan selepas makan di kedai
•Mengemaskan bilik sebelum check-out
•Mengutip sampah yang dijumpai dan membuang ke tong sampah
•Memberi laluan di simpang jalan
•Menurunkan suara ketika menjawab panggilan
•Menunggu orang keluar dari lif/LRT sebelum masuk
”Siviliti tu bukan ada dalam silibus sekolah je. Ia ada dalam cara kita hormati orang lain walau mereka tak kenal nama kita,” tegas PHM. – KOSMO! ONLINE.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI