fbpx
Ashraff Amirul dan Izzhar Nazri pada sidang akhbar baru-baru ini.

Jalan Pulang musim kedua kupas peristiwa akhir zaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua figura dakwah terkemuka, Ustaz Dr Ashraff Amirul dan Dai Izzhar Nazri, kembali bergabung dalam projek istimewa terbaharu bertajuk ‘Jalan Pulang: Tenang & Menang di Akhir Zaman’.

Program yang memasuki musim kedua itu membawa mesej yang lebih mendalam tentang ketenangan jiwa dan perjuangan menghadapi fitnah akhir zaman.

Ashraff Amirul berkata, Jalan Pulang kali ini bukan sekadar program, tetapi fokus utamanya adalah untuk memahami susur galur peristiwa akhir zaman yang sedang berlaku dan bakal berlaku.

“Imu akhir zaman adalah antara pengisian program tersebut. Pada tahun 2015, saya mendapati tanda-tanda kecil kiamat kecil telah berlaku sebanyak 80 peratus.

“Justeru, hanya mereka yang kembali kepada Allah dengan hati yang hidup, akan menjadi orang yang selamat di akhir zaman,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Selain itu, Izzhar berkata, program kali ini turut mengambil kira pendekatan lebih mesra generasi muda, antaranya pemilihan lokasi yang lebih santai dan tidak terlalu konvensional.

“Sebenarnya kami ada pilihan tempat tempat dan kenapa kami pilih di sini, ini salah satu mesej yang kami nak sampai kepada anak muda yang hari ini dia ada islamophobia.

“Mereka mungkin ada tanggapan Masjid adalah bukan untuk aku sebab ustaz-ustaz nanti dia ‘judge’ aku, kalau jumpa pula yang jenis pakai jubah-jubah ni dia mesti nak hukum aku.

“Jadi kita cuba untuk bawa pendekatan, insyaAllah untuk program kita nanti kita akan buat dalam jangkaan kita akan buat sebuah hotel yang mana untuk memberi ruang kepada anak-anak muda lebih selesa datang ke program ini,” katanya.

Program kali ini akan dijalankan dengan pendekatan moden dan kontemporari yang lebih dekat dengan jiwa anak muda selain diisi dengan sesi perkongsian, kisah inspirasi dan momen refleksi yang menyentuh hati.

Dua lokasi jadi pilihan bagi program Jalan Pulang: Tenang & Menang di Akhir Zaman siri kedua iaitu di Kelantan pada 23 Ogos sementara di Kuala Lumpur pada 25 Oktober.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN