fbpx
Sejumlah wanita serta kanak-kanak meletakkan bongkah kayu serta pelepah kelapa di tengah jalan. - Kutipan

Penduduk halang lori pasir lalui jalan kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Penduduk di Natuna, wilayah Riau mengundang perhatian orang ramai apabila dirakam menghalang jalan utama yang digunakan oleh lori untuk mengangkut pasir, lapor portal berita Bursa Kota. 

Kejadian dirakam di daerah Bunguran Utara kelmarin. 

Rakaman video di portal berita Kutipan menunjukkan sejumlah wanita serta kanak-kanak meletakkan bongkah kayu serta pelepah kelapa di tengah jalan.

Mereka berbuat sedemikian sebagai tanda protes agar lori membawa muatan pasir tidak melalui jalan tersebut. 

Protes itu tercetus selepas mereka berasa terganggu dengan pencemaran debu dan kerosakan jalan akibat lori-lori tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI