fbpx
Perkongsian pemilik akaun tersebut.

‘Orang lelaki ni kuat.. ‘

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang bapa menguruskan tiga anak kecil termasuk seorang bayi di atas motosikal menarik perhatian pengguna yang tersentuh melihat kesungguhannya menjaga anak-anak sendirian.

Satu perkongsian tular milik seorang pengguna, Dilla, menunjukkan lelaki berkenaan menguruskan anak kecilnya di atas motosikal ketika berada di sebuah stesen minyak.

Pemilik akaun turut menawarkan tempat di dalam keretanya untuk menukar lampin si kecil, namun lelaki itu menolak dengan sopan.

“Tengah nak isi minyak, ternampak abang ni bawa tiga anak termasuk bayi. Ya Allah, rasa kesian sangat. Saya tawar abang ni untuk tukar lampin anak dia dekat tempat duduk belakang kereta saya. Tapi dia tolak, tak nak.

“Semoga abang sekeluarga sentiasa diberikan rezeki yang berlipat ganda dan dilindungi daripada perkara yang tidak diingini,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh serta memuji sifat tanggungjawab lelaki berkenaan sebagai seorang bapa.

“Orang lelaki ni kuat… kuat mental dan fizikal. Insya-Allah bila kita bergantung hanya pada Allah, tidak ada rasa susah hati dalam diri,” komen Shahrir Aziz.

“Kita ingat kita susah, rupanya ada yang lagi susah. Syukur atas nikmat-Nya,” kata Hasmawi Hamdan.

“Semoga di hari tua abang ni ..anaknya akan selalu menemaninya dan membalas jasanya,” ujar Norli Ismail. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN