fbpx
Antara wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan di pusat hiburan sekitar Kuchai Lama, semalam.

GRO Kuchai Lama ‘kaut’ tip sehingga RM2,000 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Mampu mengaut keuntungan mencecah ribuan ringgit sebulan dengan menjalankan kegiatan sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) di pusat hiburan sekitar Kuchai Lama, di sini.

Difahamkan, GRO terdiri daripada wanita warga asing itu akan diberikan kalungan dengan nilai tip berbeza bermula RM100 hingga RM2,000.

Perkara itu didedahkan seorang wanita tempatan yang digelar ‘mummy’ dipercayai penjaga premis berkenaan.

Wanita berusia 50-an itu antara 20 individu ditahan menerusi Ops Gegar oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, seramai enam wanita disyaki GRO dalam serbuan kira-kira pukul 11.30 malam.

“Wanita yang ditahan masing-masing adalah tiga warga Thailand dan tiga warga Vietnam termasuk empat lelaki warga Taiwan, lelaki Bangladesh (5), dan lelaki China (1).

“Turut ditahan seorang wanita tempatan yang disyaki bertindak sebagai pengurus pusat hiburan,” katanya ketika ditemui selepas operasi selesai dijalankan.

Menurutnya, kesemua warga asing ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya, warga tempatan yang ditahan akan disiasat mengikut 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki melindungi PATI. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN