fbpx
Tangkap layar menunjukkan seorang remaja lelaki meluahkan penyesalannya kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah jenis pil kuda.

[VIDEO] ‘Warnanya merah, bila ambil rasa bertenaga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Lepas hisap (pil kuda), saya rasa rajin (bersemangat) nak bekerja.”

Demikian pengakuan remaja lelaki yang juga penghuni Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Kota Bharu selepas terjebak dalam najis dadah.

Menerusi perkongsian video di TikTok Puspen Kota Bharu, remaja itu memaklumkan, dia mula mengenali pil kuda selepas melihat abangnya mengambil bahan terlarang tersebut.

“Abang sulung saya pun hisap (dadah) juga. Pil itu berwarna merah, bulat dan tertera huruf WY. Lepas hisap, rasa bertenaga. Terus rasa rajin nak kerja, panjat pokok kelapa,” katanya.

Anak ketiga daripada enam beradik itu mengakui sudah lama tidak bersekolah gara-gara ‘hanyut’ tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

Namun sekarang, remaja itu mengaku menyesal atas perbuatannya dan rindu untuk kembali ke pangkuan keluarga.

“Saya berjanji dengan diri sendiri tak nak ambil pil kuda lagi. Duduk sini (Puspen) elok-elok, saya rindu mak, ayah dan adik-adik,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar remaja itu berubah dan bebas dadah.

“Sedihnya ya Allah, budak ini sepatutnya enjoy bermain dengan kawan-kawan, lepas keluar (Puspen) ini harapnya berubah ke arah yang baik,” kata Yunnn.

“Mak cik menangis tengok video ini, mak cik doakan awak benar-benar pulih (bebas) penagihan dadah,” ujar Mama Leyna.

“Rosak hidup kalau terlibat pil kuda. Serik dah, sekarang saya sudah taubat takut anak-anak ikut perangai. Alhamdulillah, sudah tiga tahun bebas,” kongsi Mizan. – KOSMO! ONLINE

@puspen.kota.bharu POV : Duit Upah Panjat Pokok Kelapa Licin Angkara Pil Kuda #kereta #ketagihan @aadktv @AGENSI ANTIDADAH MALAYSIA @Agensi Antidadah Kebangsaan @Ceo_AntiDrug KualaKrai ♬ Epic News – DM Production

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN