fbpx
Gambar hiasan.

UKM teliti syor Ketua Audit Negara berkait pemilihan kontraktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan meneliti syor Jabatan Ketua Audit Negara bagi menambah baik Garis Panduan Perolehan UKM khususnya dari segi penilaian dan pemilihan kontraktor.

Ia susulan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 (LKAN) 2/2025 membabitkan pelantikan tiga syarikat yang tidak disyorkan oleh Jawatankuasa Penilaian untuk projek pembekalan perkhidmatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

UKM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius teguran berkenaan dan komited memastikan perbelanjaan dilakukan secara telus serta mengikut peraturan kewangan sedia ada.

Menurutnya, Naib Canselor UKM telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Audit Negara di Parlimen pada 23 Julai lalu bagi membincangkan langkah penambahbaikan terhadap tadbir urus universiti.

“UKM juga akan bertindak selaras dengan syor Jabatan Audit Negara agar menambah baik Garis Panduan Perolehan UKM berkaitan proses penilaian dan pemilihan kontraktor.

“Ini bagi memastikan ia selaras dan mengikut Pekeliling Perbendaharaan dan peraturan kewangan yang berkuat kuasa,” katanya.

Terdahulu UKM dilaporkan melantik tiga syarikat tidak disyorkan jawatankuasa penilaian dalam projek bekalan perkhidmatan hospital melibatkan nilai keseluruhan lebih RM4 juta.

Pelantikan itu menimbulkan persoalan berhubung ketelusan dan pematuhan kepada prosedur yang sepatutnya dipatuhi dalam proses perolehan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI