fbpx
WALAUPUN diberi tentangan sengit oleh pasangan adik-beradik Popov, namun Aaron-Wooi Yik berjaya melepasi halangan itu untuk melangkah ke suku akhir Terbuka China. - AFP

Terbuka China: Aaron-Wooi Yik hantar pulang beregu Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Misi memburu gelaran pada Kejohanan Badminton Terbuka China di Changzhou terus digalas beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas mereka meneruskan kemaraan ke suku akhir.

Pada pusingan kedua yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik sebentar tadi, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu membenam cabaran gandingan adik-beradik dari Perancis, Christo Popov-Toma Junior Popov 21-17, 21-18.

Motivasi serta semangat Aaron-Wooi Yik boleh dianggap sedang membara ketika ini, terutamanya selepas mereka tersingkir seawal pusingan pertama pada kejohanan Terbuka Jepun di Tokyo minggu lalu.

Turun sebagai pilihan kedua kejohanan, bekas juara dunia berkenaan tidak berdepan laluan mudah apabila diberi tentangan sengit oleh gandingan No.20 dunia itu dalam kedua-dua set permainan.

“Pada perlawanan hari ini, kami perlu meningkatkan fokus di set kedua untuk mengawal permainan. Pembelajaran yang berguna untuk kami hari ini kerana gelanggang 1 agak berangin dan perlu menyesuaikan diri.

“Setakat ini, semuanya berjalan cukup baik untuk kami berdua,” kata Wooi Yik kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sejurus tamat perlawanan.

Menjelang aksi suku akhir esok, mereka akan menantikan pemenang perlawanan antara dua lagi wakil negara, iaitu Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Nur Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong yang dijadualkan berlangsung malam ini.

Dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal, gandingan profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin turut meneruskan kemaraan ke suku akhir selepas menewaskan beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Kittinupong Kedren 21-16, 21-16.

Bagaimanapun, laluan mereka ke separuh akhir cukup mencabar apabila dijadualkan bertemu bekas beregu No.1 dunia dari India, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy yang menang 21-19, 21-19 ke atas Bagas Maulana-Leo Rolly Carnando dari Indonesia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI