fbpx
ANGGOTA bomba sedang melakukan operasi dan memantau lori tangki membawa bahan kimia yang terjatuh ke dalam laut di Jambatan Linkedua, Iskandar Puteri, hari ini.

Tangki bahan kimia jatuh laut di Jambatan Linkedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISKANDAR PUTERI – Dua buah lori tangki membawa bahan kimia jenis Propilena Glikol terlibat dalam kemalangan di Kilometer 8, Lebuhraya Utara Selatan di Jambatan Linkedua, di sini petang hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan I Nurmala Sideli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.41 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera diaturgerak ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan dua buah lori tangki membawa muatan bahan kimia Propilena Glikol. Salah satu tangki terjatuh ke dalam laut dari atas Jambatan Linkedua,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Propilena glikol ialah cecair likat, tidak berwarna, hampir tidak mempunyai bah selain mempunyai rasa yang agak manis.

Bahan kimia jenis ini digunakan dalam berbagai aplikasi, termasuk produk perawatan tubuh (skincare), makanan, dan industri lain.

Nurmala berkata, kemalangan itu tidak melibatkan kemalangan jiwa dan kerja-kerja operasi sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN