fbpx
Tangkap layar sesi temu bual ringkas tersebut bersama seorang pekerja warga Bangladesh.

20 tahun kerja di Malaysia, lelaki Bangladesh terima gaji RM5,200 sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pekerja warga Bangladesh yang telah menetap dan bekerja di Malaysia selama 20 tahun kini meraih pendapatan sebanyak RM5,200 sebulan, hasil kegigihannya dalam sektor pembinaan dan penyelenggaraan.

Lelaki tersebut berkongsi kisah perjalanan hidupnya yang penuh cabaran ketika ditemui, baru-baru ini.

“Saya datang ke Malaysia 20 tahun lalu daria Bangladesh kerana di sana, gaji sangat kecil. Saya cuma dibayar RM450 sebulan. Di sini, kerja saya mula-mula hanya bergaji RM900. Sekarang, saya sudah terima RM5,200 sebulan,” katanya.

Menurutnya, pekerjaan yang dijalankan kini melibatkan tugasan sebagai penyelia penyelenggaraan, termasuk pemeriksaan bangunan, pengurusan aduan, penyusunan tugas kakitangan serta pengesahan tuntutan kerja.

“Saya kerja semuanya. Saya sendiri turun tengok kerja staf, saya periksa, saya buat laporan. Itu semua tanggungjawab saya,” katanya.

Ujarnya lagi, untuk mendapat peluang pekerjaan di Malaysia bukanlah satu perkara mudah, malah memerlukan kos yang besar.

“Saya bayar lebih RM12,000 dulu untuk datang ke sini. Sekarang semua dah lebih RM16,000,” katanya.

Walaupun pernah bekerja dalam sektor perbankan di negaranya, beliau mengakui peluang pekerjaan di Bangladesh sangat terhad dan gajinya jauh lebih rendah berbanding tawaran di Malaysia.

“Saya kerja bank di sana, tapi sekarang saya kerja penyelenggaraan di sini. Tapi gaji di Malaysia jauh lebih baik. Sekarang saya rasa hidup saya lebih stabil,” katanya.

Tambahnya, walaupun jauh dari kampung halaman, beliau tetap menghormati budaya tempatan dan masyarakat Malaysia, malah menegaskan bahawa semua manusia perlu saling menghormati.

“Biasanya, saya juga seorang manusia. Saya hormati semua orang, termasuk pekerja migran. Tak kira lelaki atau perempuan, kita semua sama,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI