fbpx
Keadaan kebakaran hutan simpan di Jalan Genting, Kuala Kubu Baharu. IHSAN JBPM

[VIDEO] Kebakaran hutan di Kuala Kubu Baharu merebak lebih 22 hektar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Kebakaran hutan simpan di Jalan Genting, Kuala Kubu Baharu, di sini yang berlaku sejak semalam sudah merebak sehingga 22.6 hektar, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 6.34, semalam.

Menurutnya, berdasarkan laporan komander operasi, terdapat kebakaran hutan simpan anggaran berkeluasan 3.2 hektar.

Katanya, bagaimanapun kerja pemadaman tidak dapat dilakukan kerana tiada laluan masuk untuk ke lokasi kebakaran tersebut.

“Namun, jalan masuk telah ditemui sekitar pukul 10 malam (semalam) dan kebakaran melibatkan hutan simpan berkeluasan anggaran 20.2 hektar.

“Pemadaman akan dibuat hari ini kerana faktor keselamatan dan tiada punca air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Mukhlis berkata, setakat pukul 2 petang tadi, kebakaran hutan simpan itu sudah merebak dengan anggaran keluasan 22.4 hektar.

“Kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan dan menunggu unit udara JBPM untuk membantu pemadaman dari udara selain pasukan unit khas STORM digerakkan ke lokasi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI