fbpx
GAMBAR Akademi Katholik St Edmund Arrowsmith di Whiston, dekat Liverpool. - Foto Liverpool Echo

Lebih 200 pelajar digantung sekolah dalam 3 minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Sebuah sekolah di Merseyside, England mengundang kecaman ibu bapa kerana menggantung persekolahan lebih 200 pelajar dalam masa tiga minggu, lapor portal berita MailOnline semalam.

Akademi Katholik St Edmund Arrowsmith di Whiston, dekat Liverpool, menggantung persekolahan kanak-kanak itu mengikut peraturan disiplin yang ketat.

Mereka dihukum bagi pelbagai kesalahan, daripada enggan menyerahkan telefon bimbit kepada memakai solekan dan perwarna kuku.

Namun, lonjakan mendadak dalam hukuman telah mencetuskan kekecohan dalam kalangan ibu bapa yang mengecam tindakan keras itu dan menyifatkannya sebagai melampau.

Mereka mendakwa bahawa ia merosakkan kesihatan mental murid.

Seorang bapa yang enggan namanya disiarkan berkata: “Saya mendapati alasan untuk hukuman ini adalah ringan dan pada pendapat saya, tidak sesuai untuk satu hari (hukuman) pengasingan atau penggantungan.”

Pemangku guru besar, Clare McKenna bagaimanapun mempertahankan tindakan keras itu.

McKenna berkata, adalah perlu untuk meningkatkan standard dan menyemai budaya hormat yang baharu dalam kalangan kanak-kanak. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI