fbpx
NURUL Zhahirah melihat beras putih import yang disyaki diseludup dari Thailand dirampas dalam Op Pintas di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Hentian Sungai Lebey dekat Gerik semalam.

Dua treler bawa 80,000 kg beras disyaki seludup dari Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TELUK INTAN – Sebanyak 1,600 guni beras putih import seberat 80,000 kilogram yang disyaki diseludup dari Thailand dirampas dalam operasi di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Hentian Sungai Lebey dekat Gerik, semalam.

Rampasan membabitkan beras dianggarkan bernilai lebih RM308,000 itu dilakukan menerusi Op Pintas pada pukul 4 petang.

Pengarah Kawalselia Padi dan Beras (KPB) Perak, Nurul Zhahirah Nahrawi berkata, rampasan itu dijalankan selepas pihaknya menahan dua buah treler dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, pemeriksaan ke atas pemandu treler berkenaan mendapati kedua-dua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen termasuk invois dan permit pemindahan padi atau beras antara negeri.

“Selain itu, kita turut mengesyaki nombor kontrak Padiberas Nasional Berhad (Bernas) yang digunakan pada pembungkusan beras itu adalah palsu.

“Berdasarkan siasatan awal, kenderaan itu dipercayai dalam perjalanan dari negeri di pantai timur untuk mengedar beras kepada pemborong di Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, lima lelaki membabitkan pemandu lori dan kelendan berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Akta Kawalselia Padi dan Beras 1994 (Akta 522),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI