fbpx
Gambar hiasan.

Wang KWSP RM892,000 pesara lesap ditipu scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Gara-gara terlalu takut didakwa kononnya terlibat dalam jenayah penggubahan wang haram dan sindiket haram, seorang pesara syarikat minyak dan gas kerugian RM892,000 akibat diperdaya sindiket penipuan.

Lelaki berusia 56 tahun yang kehilangan wang simpanan peribadi dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tersebut membuat laporan berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 4.08 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, pesara itu dihubungi seorang suspek yang menyamar kononnya sebagai wakil sebuah syarikat platform e-dagang pada 31 Disember tahun lalu.

“Mangsa didakwa terlibat dalam sindiket penggubahan wang haram dan juga pengedaran dadah.

“Talian telefon kemudiannya telah disambungkan kepada suspek lain yang menyamar pula kononnya sebagai pegawai polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, pesara tersebut kemudiannya diarahkan membuat pembayaran sekiranya tidak mahu ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang.

Beliau berkata, suspek juga mengarahkan maklumat perbankan Internet milik lelaki itu kononnya bagi tujuan siasatan.

“Mangsa yang ketakutan menurut arahan suspek dengan membuat pembayaran diminta menerusi transaksi pindahan wang ke tujuh akaun bank antara 7 Januari hingga 10 Februari lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI