fbpx
RASHFORD dikatakan bakal memilih nombor 14 atau 19 jika melengkapkan perpindahannya ke Barcelona selepas ini. - AFP

Nombor pilihan Rashford di Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARCELONA – Bintang kontroversi, Marcus Rashford hanya diberikan tiga pilihan nombor jersi sekiranya menamatkan saga perpindahan berhijrah secara pinjaman menyertai Barcelona dalam masa terdekat.

Sebagai rekod, Rashford yang kini berusia 27 tahun, telah diketepikan daripada skuad utama Manchester United sejak dua minggu lalu selepas pengendali, Ruben Amorim memaklumkan bahawa dia tidak termasuk dalam perancangannya di Old Trafford.

Situasi itu membuka ruang buat Rashford mencari haluan baharu dan Barcelona muncul sebagai destinasi pilihan selepas kelab itu gagal mendapatkan dua sasaran utama mereka, Nico Williams dan Luis Diaz bagi posisi sayap kiri.

Jika segalanya berjalan lancar, Rashford bakal menyertai The Catalans bagi mengharungi aksi pramusim di Asia apabila dijadualkan bertemu kelab-kelab utama sekitar Korea Selatan dan Jepun penghujung bulan ini.

Lebih menarik, peminat Barcelona tidak sabar untuk melihat nombor jersi bakal dipilih Rashford memandangkan hanya tiga nombor yang masih belum diambil pemain dalam skuad utama iaitu 14, 19 dan 22.

Difahamkan, Rashford berminat dengan nombor 19 kerana jersi tersebut pernah digunakan ketika bersama United di awal kariernya selain No. 14 mengikut jejak idolanya seperti Johan Cruyff dan Thierry Henry.

Dalam masa sama, bekas pemain United, Paul Pogba menganggap keputusan Rashford untuk berhijrah adalah tepat selepas apa yang dilakukan oleh pihak pengurusan terhadapnya sejak beberapa musim lepas.

“Mereka telah merampas jersi No. 10 Rashford dan menyerahkan kepada pemain lain (Matheus Cunha) dan kini mereka kehilangan pemain berkualiti kepada Barcelona,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI