PETALING JAYA – Ketawa 100 kali mampu membakar kalori sama seperti berjalan 15 minit.
Itu pendedahan yang dibuat oleh Public Health Malaysia (PHM) tentang kelebihan ketawa.
Dengan itu, PHM menyarankan supaya setiap individu senyum atau ketawa setiap hari untuk kehidupan yang lebih sihat dan ceria.
“Jadi jangan lupa senyum dan ketawa hari ini. Ia bukan saja ubat hati, tapi juga ‘senaman’ percuma,” saran PHM di media sosial.
Hantaran berkenaan meraih pelbagai respons orang ramai malah ada yang berseloroh bahawa mereka gagal menguruskan badan disebabkan jarang ketawa.
“Bercakap dalam sehari pun kurang, inikan nak ketawa. Inilah punca tak kurus-kurus,” ujar @Nur Aqilah Jumari.
“Ketawa yang kuat berpanjangan tanda-tanda akan masuk Tanjung Rambutan,” komen @MrNerro ChocoLatte.
“Patutlah tak pernah nampak cik ponti obesiti,” seloroh pengguna lain. – KOSMO! ONLINE