fbpx
Anggota polis sedang mengangkat mayat mangsa ke trak polis.

Dua pekerja maut digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Dua pekerja swasta maut selepas digilis lori dalam kejadian di Kilometer 48 Jalan Klang – Banting – Port Dickson, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu, kedua-dua mangsa lelaki berusia 20-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal jenis Yamaha LC135 dinaiki dua mangsa dari arah Tanjung Sepat menghala ke Morib.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian dipercayai motosikal tersebut telah hilang kawalan dan masuk laluan bertentangan.

“Sebuah lori dipandu lelaki berusia 30-an bertembung dengan motosikal itu dengan kedua-dua mangsa serta terperosok ke bawah lori lalu digilis tayar lori.

“Kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa telah dibawa Hospital Banting untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu dan membahayakan.

Justeru, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Mazrol Din di talian 011-18539115 atau 03-31872222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI