fbpx
Zarina mengundang pelbagai reaksi daripada netizen selepas memuat naik video mengalunkan selawat Tafrijiyyah dalam media sosialnya.

‘Telinga kalian bengkak, bisul dengar suara saya berselawat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Zarina Zainuddin mengundang pelbagai reaksi daripada netizen selepas memuat naik video mengalunkan selawat Tafrijiyyah dalam media sosialnya.

Sedar dirinya bukan seorang penyanyi atau memiliki suara sedap, Zarina, 54, berkata, dia yakin selawat tersebut mampu memberi ketenangan hati sesiapa sahaja yang mendengar.

“Selawat Tafrijiyah, suara saya tak sedap.

“Namun, saya tetap nak berselawat sebab percaya ini menenangkan hati kita, percayalah,” katanya.

Bukan satu tetapi Zarina sekali lagi berkongsi video dia mendendangkan lagu nasyid Iktiraf yang sebelum ini pernah dipopularkan oleh kumpulan Raihan dan penyanyi lain.

Katanya, dia tidak pernah memasang niat untuk meluncurkan album sebaliknya hanya berkongsi minatnya terhadap selawat.

“Lepas kongsi video ini, ada pula orang meninggal. Saya bukan penyanyi dan tiada niat pun untuk buat album.

“Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan walaupun telinga kalian naik bengkak dan tumbuh bisul selepas mendengar suara saya yang tak sedap ini,” ujarnya.

Sementara dalam ruangan komen kedua-dua video, rata-rata netizen mengakui terhibur tetapi dalam masa berterima kasih kepada Zarina kerana tanpa sedar membuatkan mereka turut sama mengalunkan zikir.

Bagaimanapun, tidak kurang juga terdapat netizen yang mengecam dan berharap Zarina tidak lagi berkongsi video sebegitu kerana membuatkan mereka berasa berdosa.

“Selalu dengar selawat rasa tenang tapi kali ini geli hati sampai keras perut tahan gelak.

“Sesungguhnya saya rasa sangat berdosa tapi ingin ke syurga. Maafkan saya kak sebab tergelak,” demikian antara komen netizen.

Sehingga kini, video pertamanya sudah mencecah lebih 890,000 tontonan sejak dimuat naik dua hari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI