fbpx

Azman Hashim sambut ulang tahun ke-86, hiburkan 600 penonton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman Hashim menghiburkan penonton di Dewan Filharmonik Petronas di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Pengerusi dan Penasihat Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim telah menghiburkan 600 penonton di Dewan Filharmonik Petronas sempena ulangtahunnya yang  ke-86 dan juga sambutan ulangtahun ke 50 Kumpulan perbankan tersebut.

Beliau yang juga satu-satunya pengasas bank yang masih ada di tanahair ini kelihatan sihat dan gembira menghiburkan penonton selama hampir tiga jam di dewan tersebut.

Turut hadir Pengerusi Kumpulan AmBank Tan Sri Md Nor Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank Jamie Ling, ahli-ahli Lembaga Pengarah Kumpulan AmBank, pelanggan-pelanggan dan rakan niaga utama AmBank, rakan Tan Sri Azman dan juga pihak media.

Diiringi Orkestra Simfoni Univeriti Malaya di bawah pimpinan Prof. Dr. Nasir Hashim, konsert bertemakan Azman Hashim in Concert 2025 itu menghiburkan penonton dengan 15 buah lagu kesukaan ramai seperti Cry Me A River, Tunggu Sekejap, At Last, Ibu, The Way We Were, Sway, My Way dan Getaran Jiwa.

Beliau turut  mengundang Juara, Naib Juara dan pemenang tempat ketiga pertandingan nyanyian AmBagus anjuran Kelab AmBank Group iaitu Meng Xuan Ching , Julaiha Nor Hassan dan Julfahmi Iman Herman untuk menyampaikan beberapa buah lagu di konsert tersebut.

Kumpulan AmBank akan secara rasmi menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-50 pada 5 Ogos 2025. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI