fbpx

Saya tidak akan turun kecuali kalau saya curi duit rakyat – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Majlis Pecah Tanah Kompleks Madani Teluk Kumbar, hari ini. - Foto oleh SAFINA RAMLI

GEORGE TOWN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan walaupun diasak dari pelbagai sudut termasuk oleh pembangkang, kecuali sekiranya terbukti beliau menyeleweng atau mencuri wang rakyat.

Menurut Anwar, beliau kekal berpegang pada prinsip itu dan tidak akan tunduk kepada tekanan politik sekiranya tidak melakukan sebarang kesalahan.

”Jadi, apabila ada yang desak saya supaya turun, saya kata Insya Allah saya tidak akan turun kecuali kalau saya curi duit rakyat. Kalau saya curi, suruhlah saya turun. Tapi saya tak curi duit orang,” katanya ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Kompleks Madani Teluk Kumbar di sini hari ini.

Menurut Anwar, kes-kes lama yang sering dijadikan isu oleh pihak tertentu tidak relevan lagi, apatah lagi selepas hampir tiga tahun beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

”Kes saya yang lama itu, lamalah, saya jadi Perdana Menteri ini sudah masuk tiga tahun. Saya dah nyatakan dalam mesyuarat Jemaah Menteri kalau ada kes, saya tak akan pertahan dan kalau ada pemimpin yang miliki kekayaan RM100 juta, dia kena jawab.

”Guna Parlimen kritik. Kalau dia (pembangkang) ada cukup jumlah, dia bawa usul. Itu cara dia. Tariklah mana-mana Ahli Parlimen nak sokong dia, sokong. Kalau saya kalah, saya letak dengan baik. Itu cara aman. Kalau tidak, tunggulah pilihan rakyat (pilihan raya),” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI