DUBAI – Sekarang adalah masa terbaik untuk pengguna di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk membeli kereta, sama ada kenderaan baharu atau terpakai, lapor portal berita Gulf News hari ini.
Dalam kebanyakan kes, harga kereta masa kini adalah lebih rendah daripada pada bila-bila masa sepanjang lima tahun lalu.
Selain tekanan untuk menurunkan harga kereta baharu, bank-bank di negara itu turut menawarkan berbagai pilihan pembiayaan kereta yang dianggap menguntungkan pembeli.
Ia termasuk pinjaman pada kadar faedah 0 hingga 0.99 peratus untuk kereta yang lebih mahal.
Apa yang berbeza sekarang ialah lebih banyak model kenderaan tersedia pada kadar faedah 0 peratus bagi tempoh pinjaman 3 hingga 5 tahun.
Satu-satunya kos masih tinggi melibatkan pemilikan kenderaan di negara itu ialah insurans.
Sebab utama harga kereta turun adalah kebanjiran model yang sebelum ini untuk dijual di pasaran Amerika Syarikat (AS), dialihkan ke UAE dan negara-negara Teluk yang lain. – AGENSI