PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita yang dipercayai mencuri barangan keperluan harian seperti gula, sardin dan biskut di sebuah premis mencuri perhatian netizen selepas videonya tular di media sosial.
Rakaman tersebut yang dimuat naik di Facebook menunjukkan wanita berkenaan ‘kantoi’ mengambil barangan tanpa membuat sebarang bayaran sebelum beredar dari lokasi kejadian.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna melahirkan rasa simpati terhadap wanita terbabit, namun menegaskan bahawa perbuatan mencuri tetap salah di sisi undang-undang.
“Mencuri tetap salah… lagipun nampak muda lagi. Carilah kerja, apa pun kerja yang penting halal,” komen Umi Aldin.
“Dia curi mungkin untuk bagi anak-anak makan tu, sebab yang dia ambil semua makanan. Kesiannya akak tu,” kata Nur Arianna.
“Kalau tengok gaya dia memang sangat terdesak. Tak curi barang lain, semua makanan untuk dimakan,” kata Siti Hajar. – KOSMO! ONLINE