fbpx

Tutup suis mesin penapis air, bil elektrik jimat RM100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR JANAAN AI

PETALING JAYA – Seorang pengguna media sosial berkongsi kejayaan menurunkan bil elektrik rumahnya hanya dengan satu langkah mudah iaitu menutup suis mesin penapis air setiap malam.

Menurut perkongsian pengguna @Airinsuhaniz, dia mengambil langkah mematikan suis mesin tersebut dari pukul 11 malam sehingga 12 tengah hari keesokan harinya.

Katanya, hasil diperolehi adalah bil elektrik bulanan rumahnya berkurangan sebanyak RM100 berbanding bulan sebelum.

“Nampak gaya berhasil juga saya nak turunkan bil elektrik rumah. Saya tutup ‘plug’ Coway setiap malam dari 11 malam sehingga 12 tengah hari keesokannya.

“Adalah jugak pengurangan RM100 dari bulan lepas,” tulisnya dalam satu hantaran.

Tip jimat yang dikongsikan wanita itu mengundang pelbagai reaksi dan komen daripada netizen dan ada yang turut berkongsi kaedah mereka mengurangkan penggunaan elektrik di rumah masing-masing.

“Saya memang dah mula amal cabut ‘plug’ barangan elektrik bila tidak digunakan seperti ‘microwave’, televisyen dan pengecas telefon. Pantau harga semasa memang berlaku penjimatan setakat ini,” kata Fatin.

“Satu lagi tips nak kongsi, pastikan peti sejuk ditutup rapat dan barang makanan, minuman dalam peti tidak terlalu penuh. Insya-Allah dapat jimat bil elektrik rumah anda,” cadang Fibaya Nasuha. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI