fbpx

Pengasuh tidur, dua kanak-kanak ditemui tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua kanak-kanak yang ditemukan selamat dihantar ke Balai Polis Bangi, pagi tadi.

KAJANG – Dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia tiga dan enam tahun ditemui selamat oleh orang awam selepas dipercayai keluar dari rumah pengasuh mereka tanpa disedari.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima dua kanak-kanak tersebut yang diserahkan oleh orang awam di Balai Polis Bangi sekitar pukul 11.57 pagi tadi.

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua kanak-kanak itu dijumpai dalam keadaan baik di tepi jalan berhampiran Bandar Bukit Mahkota, Bangi tanpa pengawasan orang dewasa sebelum dibawa ke balai polis.

“Kira-kira pukul 2 petang, ibu bapa kepada dua beradik itu berjaya dihubungi dan hadir ke balai sebelum mereka diserahkan semula dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Menurut Naazron, siasatan lanjut mendapati insiden itu berlaku ketika pengasuh sedang tidur sebelum dua beradik terbabit keluar dari rumah berkenaan tanpa pengetahuan penjaga tersebut.

“Kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang mana jika disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.

“Setakat ini, lima keterangan telah dirakam dan siasatan masih diteruskan,” ujarnya.

Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memantau keselamatan anak-anak kecil agar kejadian pengabaian seperti itu tidak berulang.

Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Farahin Mohd Yatim di talian 017-3987188 atau hadir ke balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI