fbpx

UniKL, University of Canterbury jalin kerjasama dalam bidang teknologi makanan halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid menyaksikan pemeteraian Surat Hasrat kerjasama strategik dalam bidang teknologi makanan halal dan pembangunan lestari antara Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan University of Canterbury, New Zealand.

PETALING JAYA – Hubungan Malaysia-New Zealand hari ini melakar satu lagi sejarah apabila Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan University of Canterbury, New Zealand memeterai Surat Hasrat kerjasama strategik dalam bidang teknologi makanan halal dan pembangunan lestari.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerjasama itu telah membuka satu lembaran baharu dalam usaha memperkukuh rantaian nilai halal global, inovasi kejuruteraan dan pemeliharaan alam sekitar selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Beliau berkata, Pada majlis yang sama, turut dianjurkan Forum Halal bersama Menteri Biosekuriti dan Keterjaminan Makanan New Zealand, Andrew Hoggard.

“Melalui forum ni, saya memperlihatkan kesungguhan Malaysia untuk menjadikan sektor halal bukan sekadar agenda perdagangan, tetapi sebagai teras pembangunan bersama yang lebih mampan dan diyakini.

“Insya-Allah, kerjasama ini akan menjadi pemangkin kepada pelbagai inisiatif masa depan melibatkan penyelidikan, pertukaran pelajar dan teknologi serta penghasilan makanan halal yang lebih selamat, inovatif dan berdaya saing di peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook di sini, hari ini.

Katanya, Malaysia komited untuk terus menjadi rakan strategik utama kepada New Zealand dalam sektor pendidikan tinggi dan industri halal global.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI