fbpx

Jemaah berpakaian putih meratib di puncak gunung 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jemaah lelaki dan wanita memakai pakaian serba putih ketika melakukan upacara di puncak Gunung Lawu. - TikTok 

JAKARTA – Berpuluh-puluh individu mengundang perhatian ramai kerana memakai jubah dan telekung berwarna putih ketika berada di puncak sebuah gunung di Indonesia, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian dirakam di Gunung Lawu dalam wilayah Jawa Timur, Jumaat lalu. 

Rakaman video di platform TikTok oleh akaun @nangdprtma memaparkan kumpulan itu  sedang khusyuk berzikir sebelum membaca doa secara berjemaah di tugu Hargo Dumilah, puncak Gunung Lawu.

Tugu itu merupakan penanda sempadan antara wilayah Jawa Tengah dan Jawa Timur. 

Perakam dikenali sebagai Danang berkata, upacara tersebut menyebabkan pendaki terpaksa menunggu di bawah sehingga selesai. 

“Saya tiba di puncak sekitar pukul 9.30 pagi (waktu tempatan), mereka sudah memulakan upacara. 

“Jumlah jemaah mencecah 50 orang dan terdiri daripada pelbagai kalangan usia iaitu kanak-kanak hingga warga emas. Upacara itu diakhiri dengan solat Jumaat,” kata Danang. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 13 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Rukun Islam ke-5 pergi haji kalau mampu, bukan pergi gunung,” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI