fbpx

Rumah disewa kepada rakan dipenuhi tin berisi air kencing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah pasangan Considine ditinggalkan dalam keadaan bersepah. - SWNS

LONDON – Sepasang suami isteri di Warwickshire, Britain terkejut apabila mendapati apartmen mereka yang disewakan kepada seorang rakan ditinggalkan dalam keadaan dipenuhi dengan beribu-ribu  tin minuman keras berisi air kecil, lapor akhbar Metro UK semalam.

Bukan itu sahaja, kediaman milik Sandra dan Chris Considine, masing-masing berusia 58 dan 70 tahun itu turut dikotori najis manusia selepas penyewa berpindah keluar tanpa pernah membayar sewa sejak 2018.

Menurut Chris, dia dan isterinya menyewakan rumah itu kepada seorang rakan sekerja yang mempunyai masalah kewangan dengan bayaran  £30 (RM170) seminggu.

Namun, mereka sering dihalang ke rumah itu selama tujuh tahun, malah penyewa berkenaan tidak pernah sekali pun membayar sewa.

Selepas dia akhirnya berpindah keluar pada Januari tahun ini, Chris dan Sandra terkejut mendapati rumah itu dipenuhi dengan kira-kira 3,000 tin bir.

Pasangan itu melihat rumah mereka berada dalam keadaan kotor, di mana sebahagian besar tin minuman keras berisi air kencing, selain najis bersepah di setiap bilik.

Penyewa juga menyebabkan kerosakan bernilai beribu-ribu pound sterling pada dinding, permaidani, peralatan dapur, perabot dan bilik mandi.

Pasangan itu kini berdepan bil pembersihan yang tinggi di samping kos membaiki kerosakan.

“Kami cuba menjadi baik tetapi pada akhirnya, kami merasa diri dieksploitasi sepenuhnya,” kata Sandra.

Sementrara itu, anak perempuan pasangan tersebut melancarkan  akaun sumbangan GoFundMe untuk membantu keluarga yang tidak mempunyai kemampuan kewangan itu membayar perkhidmatan pencuci profesional. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI