fbpx

Nu Skin lancar produk ageLOC TruFace

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurusan kanan Nu Skin bergambar bersama selepas majlis pelancaran produk terbaharu syarikat di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Nu Skin (Malaysia) Sdn Bhd (Nu Skin) melancarkan ageLOC Tru Face, set produk penjagaan kecantikan yang memfokuskan kepada usaha untuk melambatkan tanda-tanda penuaan di kulit wajah.

Diformulasi dengan ramuan terpilih, ageLOC Tru Face,  bukan sekadar memperbaiki penampilan luaran kulit tetapi ia bertindak daripada akar penyebab penuaan untuk membantu mencegah tanda-tanda penuaan seperti kulit kendur, kedutan dan garis halus sebelum ia mula kelihatan.

Presiden Jualan Global Nu Skin Enterprises, Justin Keisel berkata, sistem ageLOC Tru Face menggunakan pendekatan dua hala yang menyasarkan tanda-tanda penuaan dengan memberikan kesan berganda menerusi manfaat pencegahan dan peremajaan.

“Sama ada anda ingin mengekalkan seri keremajaan pada usia dua puluhan atau mengembalikan keremajaan kulit yang mula menunjukkan tanda-tanda penuaan sejak usia pertengahan, sistem ageLOC Tru Face menawarkan penyelesaian khusus berprestasi tinggi untuk setiap peringkat perjalanan penjagaan kulit anda.”

“Lebih daripada itu, rangkaian ini menggunakan pembungkusan mesra alam yang boleh diisi semula, direka khas untuk mengurangkan sisa plastik dan meminimumkan kesan terhadap alam sekitar,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran produk terbaharu itu di sini baru-baru ini.

Nu Skin adalah  anak syarikat Nu Skin Enterprises Inc.,

Selain itu, Presiden Asia Tenggara dan Asia Pasifik Nu Skin, Dr. Vicky Leevutinun menjelaskan, setiap produk dalam rangkaian ini dirumus untuk memberikan hasil yang mampu mentakrifkan semula pengalaman ‘penjagaan kulit di rumah’. 

Sistem ini berkuasa untuk menangani tanda-tanda penuaan, sama ada sebelum atau selepas ia muncul, atau pada bila-bila masa di antaranya.

Rangkaian sistem ageLOC Tru Face terdiri daripada tujuh produk utama iaitu  Refining Toner, Future Serum, Peptide Retinol Complex, Essence Ultra (TFEU), Radiant Day SPF 22,Transforming Gel Cream dan Line Corrector -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI