fbpx
Pengarah Eksekutif TohtonKu, Jasper Lim (dua dari kiri) pada majlis pelancaran rangkaian baharu produk Nutox Youth Restoring di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Nutox Youth Restoring pertingkat kelembapan kulit, bekal kolagen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Rangkaian baharu Nutox Youth Resto­ring keluaran syarikat Tohtonku Sdn. Bhd. (Tohtonku) yang dipertingkatkan, bakal menjadi pilihan utama pelanggan yang sentiasa mengambil berat tentang penjagaan kulit wajah untuk mengurangkan garis halus dan kedutan.

Pengurus Pemasaran Kanan Tohtonku, Cecilia Lee berkata, rangkaian produk tersebut diper­tingkatkan daripada aspek bahan asas, teknologi, formulasi dan sarang burung premium bagi membantu ia mengekalkan lembapan dan sentiasa membekalkan kolagen ke dalam kulit.

Menurut beliau, sarang burung premium dapat membantu meningkatkan keanjalan kulit dan melindunginya daripada tanda penuaan yang ketara, manakala snow mushroom (Tremella Mushroom) mengandungi 400 kali kuasa penghidratan dan lima kali ganda kapasiti penghidratan Asid Hyaluronik.

Rangkaian produk baharu ini juga telah dilengkapi de­ngan sistem penghantaran yang berkuasa tinggi iaitu Teknologi Micro Targeting.

Formulasi daripada teknologi berkenaan dapat mengekalkan lembapan kulit dan membekalkan kolagen secara berte­rusan sepanjang hari untuk keberkesanan kulit wajah yang lebih baik.

“Terdapat banyak elemen yang boleh memberi kesan negatif kulit wajah iaitu seperti faktor usia, hormon dan perubahan iklim yang mana ia boleh menyebabkan kulit wajah cepat kekurangan kelembapan dan kolagen.

“Sehubungan itu, kami mempertingkatkan rangkaian produk Nutox sedia ada ini agar ia dapat menguatkan sistem penghalang kulit, membantu mengekalkan kulit supaya ia kelihatan lebih sihat, anjal dan halus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran rangkaian produk dipertingkatkan, Nutox Youth Restoring di sebuah pusat beli-belah di sini baru-baru ini.

Sejak 2006, syarikat telah merintis penggunaan sarang burung dalam usaha memperkasakan wanita menerusi produk penjagaan kulit anti-penuaan yang efektif.

Selain itu, Cecilia menjelaskan, rangkaian baharu itu diformulasikan secara unik untuk kulit orang Asia samada kaum lelaki atau perempuan malah diga­lakkan mereka mula mengamalkannya sejak berumur seawal 25 tahun. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN