fbpx

11 hilang, bot terbalik di perairan Sumatera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail pemandangan dari udara pada 2010 menunjukkan perairan Kepulauan Mentawai di Sumatera Barat. – AFP

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 11 orang hilang selepas sebuah bot karam di perairan Pulau Sumatera, kata agensi mencari dan menyelamat tempatan dalam satu kenyataan hari ini.

Bot itu dilaporkan tenggelam sekitar pukul 11 pagi semalam ketika belayar sekitar Kepulauan Mentawai di luar pantai barat Sumatera Barat, kata agensi mencari dan menyelamat Mentawai.

Tujuh daripada 18 orang di dalam bot berjaya diselamatkan, katanya.

Pasukan penyelamat menumpukan pencarian di sekitar lokasi kemalangan, kata ketua agensi mencari dan menyelamat Mentawai, Rudi yang seperti kebanyakan rakyat Indonesia, hanya menggunakan satu nama.

“Fokus kami adalah menyisir kawasan sekitar lokasi kemalangan untuk mencari semua mangsa,” kata Rudi dalam satu kenyataan.

Beliau tidak memberikan punca bot itu karam, tetapi kemalangan maritim adalah kejadian biasa di negara kepulauan Asia Tenggara  terdiri daripada kira-kira 17,000 pulau tersebut, sebahagiannya disebabkan oleh piawaian keselamatan yang longgar atau cuaca buruk.

Pada 3 Julai lalu, sebuah feri tenggelam di perairan pulau peranginan popular Bali, mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang.

Pada Mac tahun ini, sebuah bot  membawa 16 orang terbalik di perairan bergelora di luar Bali, mengorbankan seorang wanita Australia dan mencederakan sekurang-kurangnya seorang lagi.

Pada 2018 pula, lebih 150 orang lemas apabila sebuah feri tenggelam di salah satu tasik terdalam di dunia di Pulau Sumatera. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI