ROM – Seorang remaja lelaki di Itali maut selepas tertimbus hidup-hidup di dalam lubang pasir yang dibina di tepi pantai, lapor akhbar berita The Sun UK.
Riccardo Boni, 17, mati akibat sesak nafas selepas lubang pasir yang digalinya runtuh lalu menimpanya.
Mangsa yang sedang menikmati percutian bersama keluarganya, menggali lubang sedalam satu setengah meter di pantai Montalto di Castro.
Adik lelakinya yang berusia lima tahun menjerit meminta pertolongan daripada ibu mereka sebelum berlari untuk mendapatkan bantuan.
Polis dan ambulans dikejarkan ke tempat kejadian, namun remaja itu disahkan meninggal dunia. – AGENSI