fbpx

Program motivasi tetapi jual…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang bekas pekerja berkongsi pengalaman kepada Caprice sepanjang berkhidmat dengan syarikat tersebut.

PETALING JAYA – Sebuah syarikat yang menganjurkan program motivasi rumah tangga dan cinta didakwa menjual set produk bukan sahaja mengandungi minyak aromaterapi tetapi alat permainan seks sehingga menimbulkan persoalan mengenai tujuan sebenarnya.

Perkara itu didedahkan seorang bekas pekerja syarikat tersebut menerusi sebuah program audio siar yang dihoskan oleh penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Caprice.

Menurut individu tersebut, set produk itu didakwa untuk membantu pasangan mencapai kepuasan maksimum, namun dijual pada harga yang sangat mahal.

“Dalam set itu memang ada beberapa minyak aromaterapi dan satu alat yang jelas menyerupai ‘dildo’. Ia dijual secara set atau berasingan dan harganya sangat mahal,” katanya dalam siaran podcast yang ditayangkan di YouTube.

Dia yang pernah bertugas di bahagian pengurusan pelanggan turut mendedahkan yuran penyertaan program motivasi yang dianjurkan serendah RM1,000, manakala pakej popular pula lebih RM4,000 untuk setahun.

“Sesi pula diadakan setiap bulan secara dalam talian atau rakaman awal,” ujarnya.

Tambahnya, walaupun kebanyakan kandungan awal program memberi nilai positif, pengisian akhir didakwa menyentuh soal seksual secara terbuka semakin lama semakin aneh.

“Ada peserta yang bercerai selepas tamat program sedangkan pada awalnya mereka sertai sebab nak selamatkan rumah tangga,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI