fbpx

Ibu, anak perempuan cedera bas terbalik di Bukit Sentosa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas dan salah seorang mangsa yang cedera selepas kenderaan itu terbalik dalam kejadian di Jalan Tulip 3 Bukit Sentosa, hari ini.

HULU SELANGOR – Seorang wanita dan anak perempuannya cedera selepas sebuah bas Smart Selangor yang dinaiki mereka terbalik di Jalan Tulip 3 Bukit Sentosa, Rawang, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian sekitar pukul 11.16 pagi.

Menurutnya, seramai lapan anggota dan sebuah jentera serta Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah bas Smart Selangor dipercayai terbabas sendiri di selekoh sebelum terbalik.

“Dalam kejadian itu, seorang wanita berusia 38 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun mengalami cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, kedua-dua mangsa yang cedera telah dibawa oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu, katanya, pemandu bas yang berusia 57 tahun serta seorang penumpang lelaki berusia 17 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI