fbpx

3 maut dalam dua insiden tembakan di Kentucky

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis memeriksa lokasi kejadian tembakan di sebuah gereja di Lexington, Kentucky semalam. - AFP

WASHINGTON – Tiga maut termasuk seorang lelaki bersenjata dalam dua insiden tembakan berasingan di Lexington, negeri Kentucky, yang menurut polis, suspek berkemungkinan mengenali mangsa, lapor saluran berita NBC News.

Tembakan pertama berlaku di Lapangan Terbang Blue Grass di mana seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke arah anggota polis pada pukul 11:36 pagi (waktu tempatan) semalam.

Menurut Ketua Polis Lexington, Lawrence Weathers, suspek kemudian melarikan diri dan dia dikejar oleh pihak berkuasa sejauh 26 kilometer ke arah tenggara.

Tambah Weathers, lelaki tersebut berhenti di sebuah gereja sebelum dia sekali lagi melepaskan tembakan yang mengenai empat mangsa.

Dua daripadanya terbunuh, manakala suspek ditembak mati oleh polis di tempat kejadian.

“Maklumat awal menunjukkan bahawa suspek mungkin mempunyai kaitan dengan mangsa di gereja,” kata Weathers, namun enggan mengulas lanjut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI